Isnin, 4 April 2016

Pemanasan Global - Punca dan Kesan

PUNCA

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil. Perubahan penggunaan tanah telah menyumbang sebanyak 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Hal ini menyebabkan kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak.




sumber: Google Image

1. Perindustrian

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

2. Penjanaan Tenaga Elektrik

Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia termasuk Malaysia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.
Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui penjanaan hidro elektrik.

3. Pengangkutan

Penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan untuk menggerakkan enjin banyak membebaskan gas karbon dioksida. Gas yang dilepaskan akan bergabung dengan gas-gas lain di udara dan hal ini akan menyebabkan udara menjadi kotor.

KESAN


sumber: Google Image

1.Peningkatan Paras Laut

Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.
Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.

2. Ancaman Hidupan Laut

Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Bencana alam ini juga akan menyebabkan kematian hidupan laut dan boleh mengganggu rantaian makanan ekosistem laut. Para nelayan juga akan kehilangan punca rezeki untuk menyara hidup. Manusia akan kehilangan sumber protein yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.

3. Perubahan Habitat

Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru. Haiwan dan hidupan lain akan mati sekiranya mereka tidak berpindah. Negara akan mengalami kepupusan habitat sekiranya pemanasan global berterusan dalam jangka masa yang panjang.

4. Gangguan Cuaca

Keadaan suhu yang tidak konsisten akan membawa kemusnahan pada muka bumi. Perubahan suhu ini menyebabkan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Hal ini akan mengganggu aktiviti pelancongan sekaligus menjejaskan ekonomi negara.

5. Tersebar Penyakit

Penyakit yang mengancam kesihatan manusia seperti malaria dan denggi.Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan mudah berlaku jika pendedahan terlalu lama pada suhu yang tinggi. Panas yang melampau juga boleh menyebabkan orang ramai sesak nafas kerana menghirup udara yang kering dan kotor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan