1. Makan mewah setelah dapat pinjaman PTPTN
Sebaik sahaja pinjaman PTPTN telah masuk ke dalam akaun masing-masing, mahasiswa akan merancang bersama kawan-kawan mereka untuk keluar mencari makanan yang mahal-mahal untuk memuaskan selera mereka. Hari ini terdapat banyak restoran-restoran dan cafe-cafe yang menjadi viral kerana persekitarannya yang dikatakan ala-ala Hipster. Makanan yang disediakan juga lebih kepada ala-ala barat yang pastinya harga lebih mahal berbanding gerai-gerai di tepi jalan.
Bite Cafe, Alor Setar. Sumber : Google
2. Selalu keluar untuk berhibur
Mahasiswa kerap keluar ke bandar untuk menghilangkan kebosanan di dalam kampus. Mereka akan keluar beramai-ramai untuk menonton wayang, bermain bowling, bermain snooker dan berkaraoke. Kesemua aktiviti ini tidak salah tetapi mahasiswa harus berpada-pada dan berhati-hati dengan jumlah wang yang mereka keluarkan. Hal ini kerana, kesemua aktiviti ini memerlukan wang yang banyak untuk dilakukan. Tujuan utama mereka keluar adalah kerana stress dengan tugasan yang banyak, laporan yang perlu ditulis dan kuiz-kuiz yang perlu dijawab. Akan tetapi, stress yang dialami tidak hilang sebaliknya wang perbelanjaan untuk sebulan yang melayang.
Pelajar sedang bermain bowling. Sumber : Google
3. Ketagih rokok
Ketagihan rokok lebih tertumpu dalam kalangan pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. Namun, terdapat juga segelintir pelajar perempuan yang menghisap rokok. ketagihan ini sudah tidak dapat dibendung, dan tiada jalan untuk memberhentikannya. Mahasiswa sanggup menghabiskan wang untuk membeli rokok yang berharga RM10 sekotak. Mereka sanggup berlapar asalkan dapat menghisap rokok. jika dikira sehari mereka habis RM10, sebulan mereka mengeluarkan RM300 untuk rokok sahaja. Pembaziran ini menyebabkan mahasiswa tidak cukup wang untuk menampung keperluan mereka. Mereka menghabiskan wang dengan memenuhi kehendak mereka sahaja.
Hisap rokok. Sumber : Google
4. Bercinta di dalam kampus
Lumrah bergelar pelajar, pasti tidak lari dari alam percintaan. Pasangan yang bercinta di dalam kampus ini memerlukan jumlah wang yang banyak kerana pasangan ini akan kerap keluar bersama ataupun 'dating'. Kaum lelaki yang mempunyai pasangan selalunya tidak cukup duit kerana mereka terpaksa menampung perbelanjaan kekasih mereka apabila mereka 'dating'. selalunya, pasangan-pasangan ini akan keluar ber'dating'di tempat-tempat yang mahal dan mewah. sekiranya mereka tidak mendapat pasangan yang jenis pisau cukur, mereka patut bersyukur dan sentiasa berhati-hati mengawal perbelanjaan mereka.
Pasangan sedang ber'dating'. Sumber : Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan