Entri Saya
Sabtu, 23 April 2016
Jutawan Produk Kecantikan
Dengan menjual produk kecantikan, seseorang itu boleh berjaya menjadi jutawan yang terkenal. Mereka-mereka ini juga merupakan sumber inspirasi kepada orang ramai untuk turut berjaya dalam kehidupan mereka.
Pengasas produk kecantikan yang terkenal dengan tagline "Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih" ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat kini. Kejayaan beliau meluaskan empayar perniagaannya sangat dikagumi oleh orang ramai. Kejayaan ini dijadikan inspirasi oleh anak-anak muda untuk berjaya dalam kehidupan mereka. bermula sebagai dropship barang kecantikan, Dato' Seri Vida kini bergelar jutawan setelah produk kecantikan keluarannya sendiri laris dijual di pasaran.
Pengasas D'Herbs, Dato' Aliff Syukri turut menempah nama sebagai jutawan setelah produk kecantikan yang dihasilkannya menjadi buruan ramai. Beliau yang kini baru berumur 29 tahun merupakan salah seorang jutawan termuda yang memiliki empayar perniagaan kukuh di Malaysia. Beliau terkenal dengan slogan "Terlajak Laris". Walaupun beliau menerima pelbagai cabaran dan kritikan sejak mula berniaga lagi, namun semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya, sehingga beliau tiba ke puncak kejayaan pada hari ini. Semua orang menempuhi kehidupan yang susah dahulu sebelum mereka berjaya menjadi orang ternama.
Seorang lagi jutawan muda Malaysia iaitu Safiey Illias, atau nama sebenarnya Safiuddin Bin Illias yang kini menjadi bualan ramai. Bergelar jutawan dalam usia muda sememangnya merupakan satu perkara yang sangat perlu dibanggakan. bukan semua orang mampu untuk berjaya tetapi dengan kemahuan dan keyakinan, kejayaan itu pasti dapat dirasai. Begitu juga dengan Saffiey yang berjaya dalam perniagaan produk kecantikan Aurora. Beliau juga datang dari latar belakang keluarga yang susah sebelum beliau berjaya menjadi jutawan.
Kesimpulannya, semua orang boleh berjaya asalkan mereka rajin berusaha dan percaya dengan rezeki yang Allah berikan. Kita sebagai manusia perlu mengambil iktibar dari kisah jutawan ini, dan membuang segala sifat buruk yang akan menjatuhkan kita. Siapa tahu kita juga akan menjadi jutawan suatu hari nanti. semuanya bergantung kepada diri sendiri sama ada hendak berubah atau masih berada di takuk lama.
Isnin, 4 April 2016
Kebanjiran Kedai-kedai ala Hipster
Pemilik kedai makan berlumba-lumba untuk mengubahsuai suasana kedai mereka menjadi ala-ala hipster. Mereka sanggup mengeluarkan kos belanja yang tinggi untuk menaghasilkan suasana tersebut. Kebiasaannya kedai-kedai hipster ini diubahsuai dari segi meja dan kerusi yang diperbuat daripada kayu-kayu pallet. Permintaan kayu pallet semakin menigkat seiring dengan penambahan kedai makan ala hipster.
Selain itu, pemilik kedai juga akan menyediakan pinggan, mangkuk, cawan, gelas mahupun sudu dalam pelbagai reka bentuk yang menarik dan unik. Permintaan ini akan menyebabakan ramai pembekal bersaing untuk memberikan segala bentuk yang lain daripada yang terdapat di pasaran.
Tambahan lagi, makanan yang dihidangkan juga lebih kepada ala barat. sebagai contoh, menu utama seperti chicken chop, lamb chop, spaghetti dan meat ball. Sekiranya pengunjung bosan makan nasi, mereka boleh singgah untuk merasai makanan ala barat di kedai-kedai hipster yang tumbuh ibarat cendawan pada hari ini.
Perubahan ini dilakukan kerana anak muda masa kini lebih gemar untuk makan di tempat-tempat yang cantik dan mempunyai hiasan ala hipster ini. Hal ini kerana mereka gemar untuk melepak, bersembang dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan mereka yang jarang bertemu. Mereka akan menangkap gambar dan berkongsi gambar tersebut di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Kebaikannya ialah peniaga dapat menjana pendapatan yang lumayan di samping dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk pengunjungnya. Pelanggan yang berpuas hati pasti akan mengunjungi kedai mereka semual untuk merasai lagi keenakan makanan yang disediakan. persaingan juga dapat diwujudkan dalam kalangan peniaga supaya mereka akan lebih berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi menarik minat pelanggan.

Pemanasan Global - Punca dan Kesan
PUNCA
Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil. Perubahan penggunaan tanah telah menyumbang sebanyak 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Hal ini menyebabkan kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak.
sumber: Google Image
sumber: Google Image
2. Ancaman Hidupan Laut

1. Perindustrian
Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.
2. Penjanaan Tenaga Elektrik
Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia termasuk Malaysia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.
Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui penjanaan hidro elektrik.
3. Pengangkutan
Penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan untuk menggerakkan enjin banyak membebaskan gas karbon dioksida. Gas yang dilepaskan akan bergabung dengan gas-gas lain di udara dan hal ini akan menyebabkan udara menjadi kotor.
KESAN
sumber: Google Image
1.Peningkatan Paras Laut
Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.
Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.
Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Bencana alam ini juga akan menyebabkan kematian hidupan laut dan boleh mengganggu rantaian makanan ekosistem laut. Para nelayan juga akan kehilangan punca rezeki untuk menyara hidup. Manusia akan kehilangan sumber protein yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.
3. Perubahan Habitat
Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru. Haiwan dan hidupan lain akan mati sekiranya mereka tidak berpindah. Negara akan mengalami kepupusan habitat sekiranya pemanasan global berterusan dalam jangka masa yang panjang.
4. Gangguan Cuaca
Keadaan suhu yang tidak konsisten akan membawa kemusnahan pada muka bumi. Perubahan suhu ini menyebabkan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Hal ini akan mengganggu aktiviti pelancongan sekaligus menjejaskan ekonomi negara.
5. Tersebar Penyakit
Penyakit yang mengancam kesihatan manusia seperti malaria dan denggi.Selain itu, katarak mata dan kanser kulit akan mudah berlaku jika pendedahan terlalu lama pada suhu yang tinggi. Panas yang melampau juga boleh menyebabkan orang ramai sesak nafas kerana menghirup udara yang kering dan kotor.
Isnin, 14 Mac 2016
Empat Punca Utama
1. Makan mewah setelah dapat pinjaman PTPTN
Sebaik sahaja pinjaman PTPTN telah masuk ke dalam akaun masing-masing, mahasiswa akan merancang bersama kawan-kawan mereka untuk keluar mencari makanan yang mahal-mahal untuk memuaskan selera mereka. Hari ini terdapat banyak restoran-restoran dan cafe-cafe yang menjadi viral kerana persekitarannya yang dikatakan ala-ala Hipster. Makanan yang disediakan juga lebih kepada ala-ala barat yang pastinya harga lebih mahal berbanding gerai-gerai di tepi jalan.
Bite Cafe, Alor Setar. Sumber : Google
2. Selalu keluar untuk berhibur
Mahasiswa kerap keluar ke bandar untuk menghilangkan kebosanan di dalam kampus. Mereka akan keluar beramai-ramai untuk menonton wayang, bermain bowling, bermain snooker dan berkaraoke. Kesemua aktiviti ini tidak salah tetapi mahasiswa harus berpada-pada dan berhati-hati dengan jumlah wang yang mereka keluarkan. Hal ini kerana, kesemua aktiviti ini memerlukan wang yang banyak untuk dilakukan. Tujuan utama mereka keluar adalah kerana stress dengan tugasan yang banyak, laporan yang perlu ditulis dan kuiz-kuiz yang perlu dijawab. Akan tetapi, stress yang dialami tidak hilang sebaliknya wang perbelanjaan untuk sebulan yang melayang.
Pelajar sedang bermain bowling. Sumber : Google
3. Ketagih rokok
Ketagihan rokok lebih tertumpu dalam kalangan pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. Namun, terdapat juga segelintir pelajar perempuan yang menghisap rokok. ketagihan ini sudah tidak dapat dibendung, dan tiada jalan untuk memberhentikannya. Mahasiswa sanggup menghabiskan wang untuk membeli rokok yang berharga RM10 sekotak. Mereka sanggup berlapar asalkan dapat menghisap rokok. jika dikira sehari mereka habis RM10, sebulan mereka mengeluarkan RM300 untuk rokok sahaja. Pembaziran ini menyebabkan mahasiswa tidak cukup wang untuk menampung keperluan mereka. Mereka menghabiskan wang dengan memenuhi kehendak mereka sahaja.
Hisap rokok. Sumber : Google
4. Bercinta di dalam kampus
Lumrah bergelar pelajar, pasti tidak lari dari alam percintaan. Pasangan yang bercinta di dalam kampus ini memerlukan jumlah wang yang banyak kerana pasangan ini akan kerap keluar bersama ataupun 'dating'. Kaum lelaki yang mempunyai pasangan selalunya tidak cukup duit kerana mereka terpaksa menampung perbelanjaan kekasih mereka apabila mereka 'dating'. selalunya, pasangan-pasangan ini akan keluar ber'dating'di tempat-tempat yang mahal dan mewah. sekiranya mereka tidak mendapat pasangan yang jenis pisau cukur, mereka patut bersyukur dan sentiasa berhati-hati mengawal perbelanjaan mereka.
Pasangan sedang ber'dating'. Sumber : Google

Langgan:
Catatan (Atom)